PROGRAM CSR WIRA KESUMA – PUSAT ISLAM AL FALAH ILP PERAI.
AGIHAN JUADAH IFTAR HARIAN PROGRAM IHYA RAMADHAN TAHUN 2024M/1445H BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT ANJURAN PUSAT ISLAM AL FALAH ILP PERAI.
Bermula 12 Mac 2024 (1 Ramadan 1445H) sehingga 5 April 2024 (25 Ramadan 1445H), Pihak JK Pusat Islam Al Falah ILP Perai dengan sokongan pihak Pengurusan dan barisan MPP telah memulakan Program Agihan Juadah Iftar Harian seperti mana bulan Ramadan tahun sebelumnya.
Program ini melibatkan edaran 100 set juadah untuk iftar setiap hari. Ianya bertujuan membantu komuniti setempat yang kurang berkemampuan dan juga memudahkan urusan para jemaah yang kesuntukan masa untuk membeli juadah iftar.
Agihan diberikan kepada qaryah Pusat Islam Al-Falah yang terdiri daripada warga industri sekitar, orang awam, pelajar dan staf ILP Perai bermula jam 4.30 petang sehingga 5.30 petang.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.[1]